<$BlogRSDURL$>
 'Ke Arah Menjana Masyarakat Madani'
 'Ke Arah Menjana Masyarakat Madani'
Sunday, March 06, 2005
Sajak Istimewa dari Hj. Akil Hayy Rawa Date: Saturday, August 30 @ 01:26:57 MY
Topic: Panduan dan Informasi

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT. Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat. Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat. Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat. Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat. Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat. Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat. Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat. Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat. Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer lah minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat. Bila berjudi, percaya unsur kurafat. Tapi hidup pula yang melarat. Tali kasut dah tak berikat. Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat. Suka sangat menunjukkan pusat. Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat. Pakai pulak yang singkat-singkat. Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat. Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat. Duduk jauh berkirim surat. Bila berjumpa, tangan berjabat. Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat. Usah peduli agama dan adat. Usah takut Allah dan malaikat. Yang penting apa kita nak buat? Kita 'bukti' lah kita buat. Akhirnya perut kempis dah jadi bulat. Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat. Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat. MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT. Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat. Habis manusia telah tersesat. Inilah dia fenomena masyarakat. Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, Marilah kita pakat mengingat, Bahawa dunia hari ini makin singkat, Esok atau lusa mungkin kiamat, Sampai masa kita semua akan berangkat! Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat. Masa tu, sindri mau ingat. Umur mu banyak mana mu buat ibadat...? Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...? Harta benda anta, dari mana anta dapat...? Ilmu anta, adakah anta manafaat...? Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa. Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan sahabat handai kita agar masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi duniawi malah ukhrawi.)
# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 10:17 AM
Tuesday, January 25, 2005
PERANG PEMIKIRAN...


catatan seorang guru...

Seorang guru wanita sedangbersemangatmengajarkan sesuatukepada> murid-muridnya. Ia duduk menghadapmurid-muridnya. Di tangan kirinyaada> kapur, di tangan kanannya adapemadam.Guruitu berkata, "Saya adasatu> permainan... Caranya begini, ditangan kirisayaada kapur, di tangankanan> ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini,maka berserulah "Kapur!",jika> saya angkat pemadam ini, makakatalah "Pemadam!" Murid muridnyapun> mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantianmengangkat antara kanandan> kiri tangannya, semakin lama semakincepat.> Beberapa saat kemudian guru kembaliberkata, "Baik sekarangperhatikan.> Jika saya angkat kapur, makasebutlah "Pemadam!", jika saya angkatpemadam,> maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkanseperti tadi, tentusaja> murid-murid tadi keliru dan kekok, dansangatsukar untukmengubahnya.> Namun lambat laun, mereka sudah biasadantidak lagi kekok. Selangbeberapa> saat, permainan berhenti.Sang gurutersenyumkepadamurid-muridnya.> "Murid-murid, begitulah kita ummat Islam.Mulanya yang haq ituhaq,yang> bathil itu bathil. Kita begitu jelasmembezakannya. Namunkemudian,> musuh-musuh kita memaksakan kepadakitadengan perbagai cara,untuk> menukarkan sesuatu, dari yang haqmenjadibathil,dan> sebaliknya.Pertama-tama mungkin akansukarbagi kita menerima haltersebut,> tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik olehmereka,> akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan andamulai> dapatmengikutinya.>> Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilaidan> etika. "Keluar berduaan, berkasih-kasihantidaklagi sesuatu yang pelik,> Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksimenjadi hal yang lumrah,sex> sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend,materialistik kini menjadi> suatu gaya hidup dan lainlain." "Semuanyasudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikitmenerimanya. Paham?" tanya Guru kepadamurid-muridnya. "Paham cikgu... "> "Baik permainan kedua... " begitu Gurumelanjutkan. "Cikgu adaQur'an,cikgu> akan letakkannya di tengah karpet.Sekaranganda berdiri diluarkarpet.> Permainannya adalah, bagaimanacaranyamengambil Qur'an yang adaditengah> tanpa memijak karpet?" Murid-muridnyaberpikir . Ada yangmencuba> alternatif dengan tongkat,dan lain-lain.AkhirnyaGuru memberikanjalan> keluar, digulungnya karpet, dan ia ambilQur'an.Ia memenuhi syarat,tidak> memijak karpet."Murid-murid, begitulahummatIslamdan> musuh-musuhnya... Musuh-musuh Islam tidakakan memijak-mijak andadengan> terang-terang... Kerana tentu anda akanmenolaknya mentah mentah.Orang> biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapimereka> akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak> sadar."">> Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yangkuat.> Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yangkuat.> Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah,tentususah kalau dimulai dgn> tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dindingakan dikeluarkan dulu,> kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuangdulusatu persatu, barurumah> dihancurkan... " "Begitulah musuh-musuhIslammenghancurkan kita. Iatidak> akan menghentam terang-terangan, tapi iaakanperlahan-lahanmeletihkan> anda. Mulai dari perangai anda, carahidup,pakaian dan lain-lain,sehingga> meskipun anda muslim, tapi anda telahmeninggalkan ajaran Islamdan> mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan.">> "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri(Perang Pemikiran). Daninilah> yang dijalankan oleh musuh musuh kita..fikir dan renung-renungkanlah...saringkan, danambil ikhtibarnya...mudah2an kita semua sentiasadiberkati Nya

# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 10:46 AM
Saturday, July 10, 2004
Ulat Buku Tidak Semestinya Berjaya

Oleh Setiausaha Agung PKPIM sesi 2001/1002 - Abang Ipin

Saya tidak setuju mahasiswa menumpukan akademik semata-mata - jadi
ulat buku - tanpa mendapatkan pengalaman yang begitu berharga dengan
aktif dalam persatuan. Kita juga tidak mahu mahasiswa aktif dalam
persatuan tetapi tidak cemerlang - kantoi dalam pelajaran dan
sebagainya.


Mahasiswa perlu disedarkan untuk menjadikan Institusi Pengajian
Tinggi sebagai platform atau medan: semaksirnum mungkin selama 3 atau
4 tahun belajar bagi mengasah bakat dan minda untuk memperkayakan
diri mahasiswa dengan kemahiran komunikasi, interpersonel, pengurusan
masa, mesyuarat dan diskusi, pengurusan dan perancangan. Sebab dalam
tempoh kita jadi student, kita buat salah, it's fine - orang tak
marah. Kita kena belajar untuk buat salah dan tanggung risko.

Berada di universiti sebagai mahasiswa adalah peluang keemasan bagi
tujuan ini. Mahasiswa dicorakkan dan diwarnakan oleh suasana
Universiti yang didokongi oleh ahli dan persekitaran akademik. Jika
murni dan betul suasana yang dicorakkan serta tepat landasan
intelektualismenya maka baiklah mahasiswa yang akan dihasilkan dan
begitulah sebaliknya.


Tugas mendidik dan pembentukan mahasiswa tidak hanya terletak di bahu
pemimpion pelajar yang diberi amanah. Pensyarah, kakitangan dan
Bahagin Hal Ehwal Pelajar (HEP) sebagai entiti terhampir dengan
pelajar menjadi faktor penting melahirkan mahasiswa yang mampu untuk
berdikari dalam dunia global, tetapi dalam masa yang sama mampu
memelihara jatidiri dan keperibadian mulia.

POLITIK SISWA PERLU BEBAS


Mahasiswa dan gerakan mahasiswa perlu menjadi juru bicara umat dan
bersikap "independence political force ". Maknanya tidak partisan
dengan mana-mana pihak. Tetapi sesuai dengan budaya keintelektualan,
budaya ilmu yang mencakupi kajian, analisa dan sebagainya, mahasiswa
menjadi jurubicara masyarakat. Ertinya mahasiswa menjadi suara
masyarakat dalam memberi pandangan kepada kerajaan, kepada
pembangkang.


Mahasiswa kini perlu menentukan samada:
a. Kita hanya cerminan daripada segala yang berlaku dalam
masayarakat: atau
b. Kita mempunya misi dan visi sebagai agen perubahan yang mampu
mencorakkan masyarakat dengan aspirasi generasi muda.


Jika kita memilih (a) sebagai pendekatan gerakan mahasiswa bermakna
segala yang postif dan negatif wujud dalam masyarakat luar akan terus
wujud di kampus seperti amalan berpuak, malas, pergaduhan sesama
sendiri dan sebagainya.


Namun. sewajarya kita memilih jalan (b). untuk menjadi entiti yang
mencorak masyarakat dari segi sikap, mentaliti dan tindakan.
Mahasiswa tidak boleh bersikap "mati rasa" hanya berlegar dalam
kepompongnya sahaja tanpa mengambil kepedulian terhadap persekitaran
masyarakat. Justeru. suasana ini perlu digerakkan untuk perubahan
yang menyeluruh mengelakkan mahasiswa terjerumus dalam
penyakit: "Penyakit Diploma/ Ijazah" semata-mata.




# oleh - acah | jam - 10:46 PM
Wednesday, July 07, 2004
Budaya Membaca Generasi Muda

Oleh ALI BUKHARI AMIR

Saya tertarik dengan idea-idea universiti bertaraf penyelidikan. Hal ini kerana, penyelidikan adalah ramuan terpenting dalam membangun kematangan negara sekali gus ia mampu menyediakan acuan pembangunannya yang tersendiri.

Dalam Bajet 2004 juga, kita dapat melihat betapa banyaknya peruntukan diberikan kepada bidang penyelidikan. Namun, istilah penyelidikan selalunya mirip atau cenderung kepada pembinaan alat-alat dan teknologi baru. Adakah konotasi penyelidikan itu hanya membawa makna kepada maksud sains dan teknologi cuma?

Oleh ALI BUKHARI AMIR

Saya tertarik dengan idea-idea universiti bertaraf penyelidikan. Hal ini kerana, penyelidikan adalah ramuan terpenting dalam membangun kematangan negara sekali gus ia mampu menyediakan acuan pembangunannya yang tersendiri.

Dalam Bajet 2004 juga, kita dapat melihat betapa banyaknya peruntukan diberikan kepada bidang penyelidikan. Namun, istilah penyelidikan selalunya mirip atau cenderung kepada pembinaan alat-alat dan teknologi baru. Adakah konotasi penyelidikan itu hanya membawa makna kepada maksud sains dan teknologi cuma?

Fenomena negatif yang wujud dalam bidang kemasyarakatan juga wajar dikaji dengan teliti oleh sebuah organisasi seperti universiti penyelidikan negara kita. Universiti tidak boleh hidup tanpa mahasiswanya yang lesu dibuai taufan hiburan dan dihempap dengan ribuan kekangan. Idea-idea kebebasan dan penyelidikan; kedua-duanya perlulah digarap seutuhnya dalam penerokaan ilmiah bagi membantu umat dari semasa dan semasa.

Cabaran pertama ialah mahasiswa kurang membaca. Mengapa ini berlaku? Salah satu faktornya ialah pemimpin mahasiswa sendiri yang kurang menulis tentang hala tuju perjuangan mereka. Oleh itu, satu sisipan khas sekurang-kurangnya dua atau empat helai muka surat perlu dikembarkan bersama akhbar perdana bagi mengenengahkan idea-idea mahasiswa dan pimpinannya setiap hari. Sekretariat Kajian dan Pembangunan Pelajar perlu ditubuhkan di seluruh universiti bagi menggarap kajian-kajian terkini tentang fenomena negatif masyarakat dan mewujudkan pengupayaan tenaga pelajar yang tersusun. Siri modul dan kajian penyelidikan juga dapat membantu mahasiswa penyelidik dalam menggarap isu-isu umat untuk diambil tindakan.

Perpustakaan

Perpustakaan keluarga perlu diwujudkan. Kempen Satu Keluarga, Satu Rumah, Satu Perpustakaan perlu digerakkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga. Sekurang-kurangnya tiga pakej perpustakaan keluarga perlu diwujudkan; kecil, sederhana dan lengkap. Ukuran piawai perpustakaan ini dirumuskan sendiri oleh cendekiawan dan ulama' negara. Sekurang-kurangnya ringkasan Ensiklopedia Dr. Mahathir perlu disisipkan dalam perpustakaan keluarga. Objektif perpustakaan ini diwujudkan adalah bagi mewujudkan keluarga berpengetahuan sekali gus melahirkan masyarakat yang berpengetahuan pula.

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menggerakkan semula Kempen Membaca Kebangsaan. Dalam hal ini juga, Dasar Buku Negara (DBN) ini perlu dikaji semula mengenai jenis-jenis kandungan yang perlu disesuaikan dengan minda rakyat. Buku yang mengancam minda dengan unsur fantasi seksual perlu diharamkan dari pasaran. Dalam hal ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu menarik permit penerbitan ke atas buku-buku dan majalah seksual yang bertaburan di pasaran.

Universiti bertaraf penyelidikan perlu berusaha mewujudkan lebih ramai siswazah penyelidik. Geran-geran penyelidikan diwujudkan ke atas isu-isu kemasyarakatan. Ini selaras dengan tujuan penubuhan universiti; melahirkan pelajarnya supaya menyelesaikan serta membangunkan masyarakat sekitar. Antara isu-isu yang boleh digemblengkan ialah pelacuran, ketagihan dadah dan rokok di kalangan masyarakat.

Hubungan mahasiswa dan artis mesti dianjakkan kepada dialog dan wacana yang mencambah keilmuan minda. Harus dibincangkan tentang strategi pengupayaan artis-artis dalam memasarkan budaya Malaysia ke peringkat dunia. Kematangan politik artis juga perlu disuburkan seperti artis-artis Hollywood. Martin Sheen (dalam West Wing) misalnya telah menganjur perhimpunan bagi mengutuk tindakan serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq.

Generasi muda aset besar negara kita. Mereka perlu diasuh dengan pengetahuan, keilmuan seiring dengan asuhan budi, nilai pekerti, adab, dan akhlak mulia.



# oleh - acah | jam - 10:04 PM
Pembudayaan Ilmu di Kalangan Mahasiswa

Oleh: Aminah Wajihah (International Islamic College)

Sebagai mahasiwa kita juga perlu menanam sikap untuk tidak segan mengemukakan pandangan dan kritikan demi membawa idea-idea baru bersesuaian dengan keadaan semasa. Untuk itu mahasiswa perlu mempunyai penguasaan yang mendalam dalam setiap disiplin, minat yang tinggi dalam penyelidikan ilmiah, budaya membaca positif yang meluas serta penekanan matlamat mencari ilmu kepada kebenaran.

Ilmu adalah merupakan faktor utama kepada pembinaan sesuatu tamadun dunia yang cemerlang. Walaupun ada sesetengah sarjana ang mengatakan pembinaan tamadun di sebabkan oleh faktor agama, ekonomi, dan perpaduan tetapi faktor-faktor ini adalah akibat drpd faktor yang lebih asas iaitu ilmu.

Iman atau amalan keagamaan jika tidak didasarkan kpd ilmu yang luas dan mendalam hanyalah spt bangunan di atas pasir yang tidak berdiri teguh. Jika iman didasarkan kepada ilmu, iman itu tidak sahaja mengukuhkan peribadi individu berkenaan malah akan memberi kesejahteraan kepada manusia dan alam.

Bersesuaian dengan status mahasiswa yang kerap diperkatakan sebagai bakal pemimpin negara, pemangkin negara dan lidah yang menuarakan kehendak masyarakat, mahasiswa perlu menerapkan ciri-ciri budaya ilmu dalam setiap perancangan dan aktiviti mereka. Ciri-ciri budaya ilmu ini perlu dijadikan sebagai suatu kebiasaan dan cara hidup di dalam kehidupan harian mahasiwa.

Mahasiswa perlu menanamkan sikap cintakan ilmu dan berbangga dengan peranan mereka sebagai golongan yang mencari lmu. Tugas ini mesti berterusan dan berkekalan sepanjang hayat. Mahasiswa juga perlu memastikan dan merangka setiap program agar wujud pembinaan peribadi mahasiswa yang seimbang antara pencapaian ilmu dan peningkatan akhlak yang mulia. Tidak ada gunanya jika seorang mahasiwa mempunyai kelulusan pengajian yang tinggi dan cemerlang tetapi akhlak diri tidak cemerlang.

Meletakkan al-Qur'an dan as-Sunnah sebagai neraca dan rujukan asas untuk sesuatu ilmu yang dipelajari jufa merupakan salah satu ciri-ciri pembudayaan ilmu. Hakikat kebenaran hakiki yang dicari dalam sesuatu bidang pengajian samada bidang agama taua bukan agama haruslah dinilai dari segi bersesuaian ataupun tidak dengan kedua-dua sumber ini.

Sebagai mahasiwa kita juga perlu menanam sikap untuk tidak segan mengemukakan pandangan dan kritikan demi membawa idea-idea baru bersesuaian dengan keadaan semasa. Untuk itu mahasiswa perlu mempunyai penguasaan yang mendalam dalam setiap disiplin, minat yang tinggi dalam penyelidikan ilmiah, budaya membaca positif yang meluas serta penekanan matlamat mencari ilmu kepada kebenaran.

Mahasiswa perlu di ajar menghidupkan budaya berfikir yang sihat. Kepentingan kaedah berfikir ini amat dititikberatkan dalam tradisi pengajian ISLAM. Ini bermaksud kemahiran untuk membuat dan menilai buah fikiran dan hujjah dengan sistematik, padu dan logik untuk tujuan kebenaran. Atas dasar inilah Ibnu Hazim meletakkan ilmu mantiq (logik) lebih dahulu drpd ilmu-ilmu agama kerana dengan ilmu ini seseor akan mengetahui apakah hujjah yang meyakinkan dan apakah cadangan dan bagaiamana untuk berhati-hati mengenai sesuatu yang nampak sbg bukti tetapi hakikatna bukan bukti. Melalui imu ini seseorang itu boleh menemui hakikat segalanya dan membezakan kebenaran dari kepalsuan tanpa sebarang keraguan.

Walau bagaimanapun seharusnya selaku cendekiawan yang terdidik pembudayaan itu adalah suatu yang sebati dengan naluri dan jiwanya. Fitrah seorang mahasiswa menginginkan pembinaan ilmu yang tiada henti seterusnya menzahirkan pada perilaku dan sahsiah dirinya. Lantas universiti harus dilihat sbg kilang jelmaan para ilmuwan yang lebih mengerti tentang hakikat serta peranan gelaran mahasiswa ang di sandangnya





# oleh - acah | jam - 9:58 PM

Powered by Blogger

:: CIT CAT FM ::

:: UNDIAN ::

:: TAHUKAH ANDA? ::

:: ARKIB ::
  • July 2004
  • January 2005
  • March 2005
  • :: SENTUHAN KALAM ::
    "Tanggungjawab itu lebih banyak daripada masa yang ada"
    Hasan al-Banna

    :: SANTAPAN ::
    Utama
    PC Editor
    Fikrah
    Kampus
    Isu Semasa
    Bicara Tokoh
    Kupasan Buku
    Ekonomi
    Bahasa
    Rileks
    Infomasi
    Catatan Usrah
    Slot Motivasi
    Kertas Kerja
    Koleksi Resolusi
    Muhasabah Jiwa
    Lembaran Sirah
    HEWI
    Personaliti
    Doa Amalan
    Sains & Teknologi

    :: INPUT PEMBACA ::
    Fikrah Madani mengalu-alukan sebarang sumbangan karya atau komen daripada pembaca bagi mutu penerbitan kami. Segala karya yang tersiar menjadi hak milik penerbit.

    Hantar ke alamat:
    fikrahmadani@yahoo.com

    Editor Fikrah Madani
    Masjid Sultan Ismail,
    Universiti Teknologi Malaysia,
    81310 Skudai,
    Johor Darul Ta'zim.
    Sila sertakan nama penuh, alamat, nombor telefon dan jika masih menuntut, nyatakan institusinya.

    :: REDAKSI ::
    Penasihat
    Qandar
    Ketua Editor
    Pak An
    Editor
    Qadahus Nawzi
    Wartawan
    Rasa Oren
    Al-Ayubi
    Wanni
    Teeh
    Izahtul
    Penulis
    Qiadiy Legend
    Escore
    Suhadak
    Ibn Husin
    Pereka Kreatif
    Cireng
    Ajin
    acahmakenon